warna warni di aidilfitri

eila dok baca majalah APO dalam dok belek2 tu nampak diorang dok cerita pasal WARNA atau KALER...jadi eila nak share2 dalam nie...tajok kat atas tu eila nak letak "warna" tibe2 teringat pulak lagu raya kan...kira masok jela,kan kita masih dalam mood raya kn2 :))
Dalam setiap warna tu ada maksud nya yang tersendiri...





COKELAT
cokelat adalah warna bumi dan selalunya dikaitkan dengan alam semulajadi...Cokelat muda melambangkan keaslian manakala cokelat gelap pula hampir sama dengan kayu atau kulit...Warna ini juga kadangkala melambangkan kesedihan dan kesayuan.biasanya lelaki lebih berminat dengan warna ini.......









UNGU
warna ini pula dikaitkan dengan royalti,kemewahan,kekayaan dan sotisfikasi.juga dikatakan bersifat feminim dan romantik.Namun kerana ia agak jarang ditemui dalam suasana semulajadi,kadangkala ia seolah-olah sesuatu yang tidak asli....









HIJAU
Hijau melambangkan alam semulajadi..Ia adalah warna yang paling menyenangkan kepada mata kita dan juga menyamankan serta menyegarkan..Hospital menggunakan bilik berwarna hijau untuk mententeramkan para pesakit.Hijau gelap melambangkan kelakian,konservatif dan juga kekayaan..









KUNING
Walaupun dianggap satu warna yang penuh optimistik,namun ramai orang mudah menjadi marah bila berada dalam bilik yang berwarna kuning dan bayi juga mudah menangis dalam bilik yang sama.Warna ini adalah warna yang paling sukar untuk diterima oleh mata namun ia mampu mempercepatkan metabolisme....









BIRU
inilah warna langit dan lautan yang ada di sekeliling kita dan tergolong antara  warna yang paling popular.Biru yang lembut akan mencetuskan rasa nyaman jadi ia selalu digunakan dalam bilik tidur.Namun ada juga biru yang boleh menjadi kaku dan melambangkan depresi...


Pakaian berwarna biru digalakan diguna untuk mereka yang akan hadir ke temuduga kerana ia melambangkan kejujuran.Bilik yang dicat dengan warna biru juga dikatakan memberikan kesan untuk menjadikan seseorang itu lebih produktif....









MERAH 
Warna yang paling penuh dengan emosi ialah warna ini.Ia membuatkan kadar pernafasan dan denyutan jantung bergerak dengan lebih cepat.Ia juga adalah warna kasih sayang.Orang yang gemar pakai pakaian merah sebenar nya hanya akan menampakkan mereka kelihatan lebih 'berat'.Kereta berwarna merah pula selalu menjadi tumpuan pencuri kereta.




Namun dalam dekorasi,penggunaan perabot berwarna merah adalah sesuai kerana ia boleh menarik perhatian,Warna yang ada kaitan dengan merah iaitu merah jambu adalah warna yang paling romantik dan menenangkan.Dikatakan orang yang berlawan dalam sukan sering mewarnakan bilik pihak lawan dengan warna ini untuk menghilangkan tenaga pihak lawan....









PUTIH
Biasanya dikaitkan dengan acara perkahwinan dan pengantin gemar memilih warna ini kerana ia membawa maksud naif dan asli.Putih juga melambangkan cahaya dan selalu digunakan dalam dekorasi mahupun fesyen kerana ia adalah warna yang ringan,neutral dan senang dikenakan atau digayakan dengan apa-apa sahaja.









HITAM
Hitam melambangkan kuasa.Dalam industri fesyen,warna ini menjadi pilihan kerana biasanya ia menampakan si pemakainya kelihatan lebih kurus..Ia juga sangat trendy dan tidak lupuk dek masa.Namun pakaian yang berwarna hitam adakalanya menampakan si pemakai itu terlalu berkuasa atau jahat.Wanita yang berpakaian hitam pula membawa maksud patuh kepada lelaki....
















No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...