rambut sihat dan kuat...

KUAT macam tak berapa nak sesuai pulak digunakan untuk rambut,kita tukar 'Memiliki rambut yang cantik,sihat dan berkilau pasti menjadi idaman setiap wanita' dah macam iklan syampoo rambot la pulak...ish lantak la...






eila ada masalah yang eila rasa semua perempuan pun penah lalui..rambut gugur tak pun rambut senang putus...kalau dah gugur jangan cakap la banyak sangat macam orang sakit kronik dah nie...bila tengok iklan syampoo yang dok lurut rambut guna jari tu,eila pon nak cuba jugak..last2 ambik kau rambut penuh kat tapak tangan..nak cuba sangat kan tadi...








kadang eila dok tengok tips2 kat blog ada yang cakap jangan syampoo rambut tiap hari sebab nanti rambut kering...ada pulak yang suruh syampoo hari2.eila pon pening...niat nak simpan rambot panjang sebab dah lama tak bela rambot panjang asyik bela 'manusia' je (huhuh tibe2)...tapi bila dah tengok rambot gugur je..mula la nak p gunting rambot bagi pendek...








dah la nak tunggu rambut panjang bertaun-taun lama nya...bila dah panjang gugur pulak...apa pun eila ada meng'usha' pasal tips penjagaan rambut..jom cekidauttttt sama2....




TIPS:
1.Sekiranya kamu mempunyai rambut yang rosak dan tidak terurus,apa kata kamu menggunakan perapi dan syampu secara berasingan.Ini kerana kandungan syampu yang mengandungi perapi tidak cukup untuk memberi kelembapan yang di perlukan.


2. Pemakaian perapi yang betul adalah hanya dgn satu garis perapi diletakkan di telapak tangan dan kemudian disapukan pada helaian rambut sehingga merata.


3. Untuk memiliki rambut yang kekal cantik,sihat dan menawan,pastikan kamu bijak memilih atau menggunakan perapi yang sesuai dengan rambut kamu.


4.Pilihla perapi yang mengandungi protein(marine @ hydrolyzed wheat) keratin dan silk.Kandungan ini boleh membantu mengembalikan khasiat rambut yang hilang akibat dandanan.


5. Jangan mengeringkan rambut dgn menggosok-gosokkn rambut pada tuala.Gosokkan ini akan menjadikan kutikal rambut kasar dan mengakibatkan rambut disikat.Lebih baik tarik rambut ke belakang,perahkan air yg berlebihan pd rambut dan kemudian balut kepala dgn tuala.Biarkan seberapa lama yg boleh.Kemudia sikat dgn menggunakan sikat bergigi jarang utk menghurai rambut kusut sebelum kamu ‘blow’ kering.


6.Lakukan rawatan ‘deep conditioning’ seminggu sekali.Gunakan masker rambut yg mengandungi protein @ panthenol yg boleh berfungsi utk menyubur dan menguatkan rambut.Jika berambut nipis,bole menyapu masker rambut sebelum rambut di syampu bagi mengatasi masalah rambut lepek.


7. Gunakan produk dgn perlindungan ‘themal’ @ silicon.Cara ini akan menghasilkan lapisan di antara kepanasan alat pengering rambut dgn rambut dan mencegah kerosakan rambut.


8. Rambut kurang menyerap klorin @ air masin jika membasahkan rambut dgn air biasa terlebih dahulu sebelum berenang.


9. Untuk rambut lebih ber’volume’ ikat rambut dgn ikatan yg sedikit longgar dan keringkan seluruhan permukaan kulit kepala dgn menggunakan ‘hair dryer’ bersuhu sejuk.Setelah kering,buka ikatan rambut.


10. Kurangkan pemakaian mousse @ gel rambut beralkohol agar rambut terhindar dari masalah kekeringan.Jika terpaksa ,sebaiknya segera bersyampu dgn ‘clarifying shampoo’ yang berfungsi utk membersihkan sekali gus menanggalkan sisa hair spray @ gel yg melekat pd helaian rambut.

1 comment:

  1. thanks for sharing dear...follow sini..jempot singgah blog kite...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...